Tuesday, December 21, 2010

otorinolaringologi,.......aih susah nak sebut.*

oh ayat di atas tu adalah tempat where aku dapatkan rawatan telinga tuh,.also known as ENT (telinga.hidung.tekak) alhamdulillah, nothing siyes, juz ade darah beku terkumpul kat telinga yang dah keras so susah nak keluarkan. berkat kerajinan aku pakai ubat titik di telinga dan makan ubat.sekarang dah okay ;D but i have to visit them again by the end of january.

i've been busy lately. haih. penat balik kerja memang fikir nak tido je. tak larat nak wat keje berat-berat;P weekend lak fikir nak jalan je.haha. dah 2 minggu berturut besfren sleepover. last week eka and anis b4 trip dorang ke zoukout. last few days mimie pulak datang. and for this coming weekend, i'll celebrate my krismas eve kat melaka! kazen vacaay;D and new year pula di ukm! bangi tunggu eaa. terpaksa balik bangi sebab ada masalah daftar subjek and hantar thesis.huuu.

busy kan? busy kan? nanti-nanti lah update lagi ;P

Sunday, December 12, 2010

al-kisah sakit telinga.

ini gambar anatomy telinga manusia. telinga ada 3 bahagian,; luar, tengah and dalam. heh? lama dah tinggalkan ilmu sains ni..maaflah, aku lupa semua tu. kalau nak tahu lebih lanjut bukak la balik buku-buku biology korang ye dak? so al kisahnya harini nak citer pasal kesakitan telinga yang aku alami dah masuk minggu ke 3 nih.

aku ni pantang kalo p swimming or berendam kat air mana-mana nih. agak-agak menyelam je air mesti masuk telinga, then nanti pekak sebelah, sakit-sakit. biasanya dalam seminggu dua hilang sama ada ke klinik atau tidak..tapi sumpah sakit. kali ni before pulang ke tanah air, aku sempat ke desawaterpark. disitu fenomena berulang. hurrmm.

last week dah pergi klinik, doc kate telinga bengkak and merah-merah macam luka. *maybe sebab aku ade korek telinga guna besi sebab ade membe suroh plus aku geram masuk air.haa. so warning: jangan korek telinga guna benda tajam or terlalu kerap! selain daripada itu; terdapat beberapa punaca lain yang menyebabkan kurang pendengaran ;
  • Otitis Externa disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dinamakan “swimmer’s ear” yang biasa berlaku kepada perenang kerana kekerapan air terperangkap di dalam telinga.
  • Otitis Media pula disebabkan oleh salur eustachia yang tersumbat akibat demam selsema, campak, tonsillitis dan jangkitan dihidung dan tekak.
  • Otosklerosis, ketumbuhan tetulang halus pada stapes juga turut mempengaruhi pekak konduktif ini. Ketumbuhan tetulang halus pada dinding telinga tengah berlaku awal remaja hingga awal 30 an. Ianya akibat daripada tulang stapes yang melekat pada jendela bujur tidak dapat bergerak kerana terdapat ketumbuhan tetulang di sekelilingnya.
aku rasa aku kena yang otits Externa tuh. malam semalam aku ke klinik lagi, kali ni klinik yang berlainan pulak untuk dapatkan rawatan sebab sakit yang teramat sangat. ubat dah habis aku telan,telinga sakit lagi, x boleh tido weyy.
kali ni cek doc kata macam ada ketumbuhan pulak. dia kata macam ada daging tumbuh sebab tu bengkak. so dia sarankan aku pergi hospital sebab dia x boleh keluarkan daging tu.* jangan main-main wahai doktor.. ini telinga nak pakai lama :/* tadi pergi hospital, yang ada doc trainer, mereka tak pandai sangat, penat tunggu lama je. maka esok dia suruh datang hospital lagi, kali ni jumpa pakar telinga pulak. 

harap-harap takdelah terok sangat sakit aku nih. and kalo kena minor surgery pon jangan la sakit sangat. wuuu:( so, korang kalo sakit tu cepat-cepat lah pergi check kat klinik kay. takot lagi parah jadinya. haiihh. dah la aku baru wat keputusan tukar cawangan kerja baru, esok kena lapor diri. oh, jangan suka wat keputusan tergesa-gesa jugak.

sekian, selamat malam, jaga diri :)

Tuesday, December 7, 2010

selamat tahun baru. apa azam baru?

tahukah anda, semua pusat hiburan seperti karaoke or bowling tutup dari 7pm semalam hingga 7pm harini sempena menghormati awal muharam? maka, usahlah membuang masa anda keluar awal-awal untuk ke pusat hiburan seperti itu okay. at least tahun depan tak hampa lagi.ahahaha. duduk rumah siapkan thesis lagi bagus;P

notakaki:
  • entry lepas.. saya bukan sedih pasal first crush nak kawen. okay!;P
  • kalau sedih-sedih, cuba alihkan perhatian dari  masalah tu sekejap,, layan lagu-lagu feberet or tengok movie or tv series yang takde kaitan ngan masalah tu. lepas tu slow-slow cari solution. insyaallah ada jalan. kalau takdepon mungkin ada hikmah disebalik semua tu.* be positip abes nih.*
  • agak-agak, macam manela result aku sem nih. 10hb result keluar :S

Sunday, December 5, 2010

disember disaster.

selamat bulan disember, selamat hujung tahun, selamat ke dunia baru. selamat pengantin baru.eh?. hujung-hujung tahun ni kan. mestyla ramai yang nak kawen ye dak? first crush aq pon dah nak kawen dah. huu..dah sampai jodoh kan. baguslaah tuuu.

dan awal bulan aku kali ni agak sedih . 
kalaulah aku tak tergesa-gesa buat keputusan.
kalaulah tiada kerja yang tertangguh.
kalaulah aku rajin untuk mencari.
kalaulah nak sesuaikan diri tu senang.
kalaulah  aku ada special talent.
kalaulah ade orang tolong aku selesaikan masalah.
kalaulah takde masalah langsung.

well, FML.

Tuesday, November 30, 2010

sehari sebelum kerja untuk lulus.

harini, eh, semalam, isnin..ramai kawan-kawan aku yang dah mula kerja atau lebih tepat praktikal juga dikenali sebagai latihan ilmiah atau dalam bahasa ibunda internship. macam-macam pengalaman aku dengar, ada yang kata best sebab kerja goyang kaki, online sambil makan biskut. ada yang kata tak best sebab kena buat sale or bukan bidang yang patut dia buat. bertambah risau weyhh. mula-mula aku cuak kalau-kalau kat tempat tu aku sorang je yang intern kat situ, tapi tak mungkin sebab tempat kerajaan, mesti dia terima ramai budak tak gittew. kedua, aku cuak gak kalau kena wat sales or marketing, tapi jadah ape aku nak wat benda tuh,. kastam nak sales ape bai? junk sales? haha.ketiga aku masih risau wey, memangla nak gi keje naek bus, tapi aku dah lama tak naek bus, bus ape nak naek yang lalu tempat tu pon aku tak tahu.wwuuu..matilaahhh..

selain daripada itu, agak-agak apa aku kena wat kat sana en? berdasarkan pengalaman veteren-veteren yang pernah praktikal dorang macam kena buli; list kerja yang kena buat;

  • xerox paper or potostat kertas (tak geti tapi mesti dorang ajar kan)
  • buat air kopi(err, 3 in 1 ade aku no hal, asal masak air jangan pakai arang ah an.haha)
  • tolong siapkan kerja dorang.(kalo salah jangan salahkan aku lah an.)
hmm.. setakat kena buli tu je takdehal kott. bulilaahh..bulilaahh..hahaha. tapikan masih cuak gak ah, last aku kerja dulu lepas SPM, since tak kena PLKN aku kerja kat Kedai Kasut Kak Yam(bukan nama kedai sebenar). haha.kat situ kerja aku susun kasut, simpan stok kasut, cari saiz kasut, jual kasut. agak-agak tak dapat sales kena marah gak wehh.. kak yam garang ohh. dah lama tak kerja, agak-agak ade kena marah-marah lagi tak. sumpah tak ready :( kerja tak macam time sekolah ni weyh,.. ramai sebaya, yang ni mesty ramai orang tuaa..adehh.. camane la enviroment tempat aku tu nanti yee? kena update dengan gossip-gossip artis terkini nih. baru boley join geng mak limah. kalau tak makan sorang-sorang la kau.hahahaa.

damn, kena baiki masa tidur aku. dah tonggang terbalik ni haa. kena tido awal, bangun pon awal untuk elak menangis di tepi jalan sebab lambat.hahahahaa. so kepada geng-geng ekonomi dan biznez FEP,UKM yang berpraktikal sem depan. begitu juga kepada student UITM dan IPTA/IPTS yang kerja untuk lulus, 

selamat menempuh alam pra-kerja okay, good luck and have fun la kehendaknyee :)


Monday, November 29, 2010

sekarang?

lagi 2 hari sebelum mula internship. mimpi aku dah start aneh-aneh belaka. kadar kemalasan aku dah meningkat. letih berkabung di rumah. makan , tido, layan team brooklyn lawan upper east side, ted dan rakan-rakan, bitchnya kakak naomi . tak sabar rasanya nak mula kerjaya tu.semangat bekobar-kobar nak naek turun bas macam dulu-dulu. balik rumah petang-petang pastu tido. malam-malam tido awal. pagi-pagi berebut bilik air nak gi sekolah.

dan tak sanggup nak tipu diri sendiri lagi. tolong jangan percaya ayat senget-senget tuh.

Tuesday, November 23, 2010

update laju-laju

  • bus 7.45pm jap lagi.
  • lepak marybrown seremban 2, cas handphone sambil online.heheh.
  • tak siap analisis data thesis lagi. sekian.
  • meanwhile, balik ah bai, katil di rumah dah memanggil. 
  • ada seminggu untuk bercuti sebelum bekerjaya. oh mai, i'm not ready yet.
  • SAMPAI JUMPA LAGI BANGI.;)

Wednesday, November 17, 2010

seronok juga ada instant camera yea.

semalam lepak dengan sahabat aku, mimie malek dan  famie. kami tengok unstoppable. boleh tahan best gak la citer tuh.tapi itu bukan isu yang nak dibahaskan.haha. so, mimie nih ade camera baru beli. bukan digi cam wey, tapi nih;
tadaaa, ni mimie dia baru single 3 bulan. hehe.;P 

camera kat tangan dye tuh fujifilm instax mini 7's diberi nama. dia beli lebih kurang RM300 je. comel okay. ala-ala polaroid cam amek gambar terus keluar tuh. tapi dia punye film RM28 for 10 keping. kira 1 gambar RM2.80. bayangkan kalo ko amek gambar 1 gambar tuh mahal weyyhh. ni bukan dslr or digicam yang ko boleh delete kalo ko tak suke gambar tu. kalo aku ade benda nih mesti aku kedekut nak amek gamba.ahahaha.
tapi siyes cambest. gamba comel and flawless. teehee. nak satu camera:/
papepon, bersyukur jelaa dengan digicam aku sekarang, walaupon kecik dan tak sehebat dslr, rasa cam nak campak kat laut je. tapi still boleh berbakti.haha! kalau tak lame dah campak. ngee.
ni fahmie n mimie. mereka tak pernah jumpe pon before nih. famie aku kenal dari sekolah rendah. mimie dari form 4. first time jumpa! ingat weyyhh!!bahahaa:P
.
lepas tengok wayang hantar mimie nak balik kluang dengan bantuan faiz.lepastu shisha-ing di assalam. dah lama tak lepak mapley kat sini rasa awkward pulak. biase kat bangi. dah rindu dah! hahaha. takpe esok balik bangi kejap. kerja tak siap weyy. sumpah tak tenang hidup.wuuu. 

rombongan sekolah ke pontian sebelum sampai ke rumahxD.

seperti yang termaktub dalam jadual aku.ceh. tarikh 12 hingga 15 november telah direserve kan dengan aktiviti fieltrip ke pontian johor. trip ini adalah sebahagian rangka kursus subjek pengurusan perniagaantani aku. so pegi melawat tempat-tempat berkaitan pertanian dan perikanan la kan. bergabung dengan kelas lain maka pergilah kami ke pontian. antara tempat yang dikunjungi adalah; ayer itam, ladang nenas, muzium nenas, kilang proses kopok lekor, tanjung piai, kolam ternakan ikan, kolam ternak udang, saeang lebah,eh. macam-macam laa~ 

seronok tak sayee? seronok kaann?:P 

makan nenas free xD
jadi petani;P
menjejakkan kaki ke titik paling hujung di selatan tanah besar asia.* dapat sijil uolssxD*
dan paling best! NAEK BUS KHAS UKM!!yeeaahh.. ;')

*more photos on facebook

seronok kaann. paling best bila terus balik jb lepastuh..yeeaahhh!! akhirnyaaa..walaupun khamis nih kena balik UKM sebab thesis TAK siap lagi.balik kejap pon jadilaa..lepaskan rindu 2 bulan tak balik. lepasnih dah kena dok rumah sampai muntah.huk.apa-apa pon. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA;)






Saturday, November 13, 2010

surat chenta.

oh boy, 


soon dear, just be patient and keep the faith :) i love you too<3


girl.=P

Thursday, November 11, 2010

sebuah kisah klasik.

Jabat tangan ku, mungkin untuk yang terakhir kali
Kita ber-bincang, tentang memori di masa itu
Peluk tubuhku, usapkan juga air mataku
Kita terharu, seakan tiada bertemu lagi

Bersenang-senanglah,
kar’na hari ini akan kita rindukan,
di hari nanti,
sebuah kisah klasik untuk masa depan


Bersenang-senanglah,
kar’na waktu ini akan kita banggakan,
di hari tua, …


Sampai jumpa kawanku
S’moga kita selalu
Menjadi sebuah kisah klasik, untuk masa depan


Mungkin diriku, masih ingin bersama kalian
Mungkin jiwaku, masih haus sanjungan kalian

 * jumpa lagi 4 bulan or time konvo nanti yaa BANGI mates,UKM mates, coursemates, kolej-mates, roomates, dan semua mates-mates.. sobs;')

Monday, November 8, 2010

people change.

What do you do when people whom you used to know-
well… you don’t know them anymore? At least not the way you used to?
They’ve changed.
I know people change. That’s their nature.

Macam manalah aku boleh lupa semua ni.

Itu kehidupan mereka.. 
Mereka mempunyai pertempuran  dan petualangan dan perjalanan mereka sendiri. 
Mereka sudah diletakkan di pelbagai tempat, dalam pelbagai situasi.
Jadi tentu saja di beberapa titik, mereka akan berubah.
Aku yakin aku sudah lalui peralihan dan transformasi juga. 
Aku hanya tidak melihatnya melalui mata orang lain di sekitar aku.
Aku perlu ingat bahawa aku bukan mereka, dan mereka bukan aku, 
And we have our own ways, and that’s okay.

Walau banyak benda buat aku jatuh, still banyak jugak benda buat aku bangun. Kadang kadang tak semua orang tak guna. Kadang kadang yang tak berguna pun berguna jugak. Takkan selalu nya kadang-kadang akan kekal 'kadang-kadang'. 'Kadang-kadang' tu kadang-kadang boleh jadi selalu.

Saturday, November 6, 2010

bila nak ade boipren?#1




ciri-ciri arjuna pilihan hati Masitah SM SAmsudin.
  1. tinggi 175 dan ke atas! yang penting mesti lagi tinggi dari dia sebab tak suka lelaki pendek.
  2. berkulit hitam manis dan ke atas. err, dia tak suka yang puteh/ cerah macam saya.huks.
  3. ada kereta. tak kesahla kereta apa, janji ley maen racing2 ngan jojo(myvi hitam) dia.
  4. tak kedekut.
  5. tak kuat jeles.
  6. berdarah kacukan (yang ini aku tambah sendiri.haha!)
  7. yang penting setia!
tips dating bersama Masitah SM Samsudin.
  1. sila bebaskan diri dari segala bau-bauan yang busuk.(contoh: bau rokok, bau jantan) pakai perfume n deodorant senang. dia tak suka lelaki busuk!
  2. Jadilah diri anda sendiri. Jangan tiba-tiba jadi rosyam nor semata-mata untuk mengorat dia.
  3. jangan berlagak or cakap besar. ( contoh ko paling habat whatsoever)
  4. Jangan ajak dia buat perkara yang dia tak suka buat. so ajak dia buat perkara yang dia suka. haha!
  5. Kalau adik dia (Siti Aisyah) reject mana-mana lelaki yang dia suka, maka nya minta maaf lah buat lelaki2 tu. (hebat kan pengaruh saya?)
okay, cukup setakat nih. nak tips lagi? coming soon. tuan empunya badan sedang bercuti. rindu dah ni:(

Thursday, November 4, 2010

UNIQLO opening madness

seperti yg digembar gemburkan, harini opening butik UNIQLO di kuala lumpur! from tokyo to kl baby. so, ada kawan aku ni excited gila since dia memang minat gila brand nih dari before exam dah merancang trip ke farhenheit 88. maka bermulalah expidisi kami yang bermula dari seawal 6.30 pagi dari UKM semata-mata nak menjadi 500 pengunjung pertama sebab nak dapat beg UNIQLO. and WE DID! sampai dalam kol 8.00pagi dan beratur panjang tunggu 2jam.

 M.K. Anuar aka ketua program yang bersemangat waja.
ahli-ahli jemaah.
so, selain dapat beg tuh kitorang berpeluang menang tiket ke tokyo dengan isi form and beli atleast 1 item kat situ. well, masing-masing takde niat pon nak ke tokyo, niat asal nak beg, tapi alang-alang dah tunggu lama shopping la sekali ye dak? mane taw lucky:D




 the waiting, and then the shoping part. banyak collection winter, so aku lebih berminat ngan promotion seluar. baju lelaki smart-smart. so all of us shopping dengan RM20 voucer yang dimenangi secara online. ahha, but ketua program la paling best. RM100 voucer. memang tak sia-sia dia tunggu lama.


after beratur panjang nak masuk, beratur panjang nak p fitting room, beratur panjang nak bayar. berjaya juga misi pi opening nih. walaupon lepasni boleh je nak pi kan tapi ape salahnya semangat nak meramaikan majlis awal-awal.yang penting puas hati dan happy.haha.:D

well, lepas sesak 2jam dalam butik tuh, keluar tengok still ramai yang beratur panjang nak masuk okay.

gambar from topex. jangan jeles topex. esok bukak lagi. LOL:D


*p/s: misi kedekut dgn diri sendiri gagal. jangan pelawa aku g shoping;/

Monday, November 1, 2010

2 tahun sudah.

tadaaa~ happy 2nd befday Memoirs Of Echa~! yup. blog yang bosan nih dah 2 tahun rupanyaa. check balik post awal2.ahahaha.nak tergelak baca pon ade. itupon 1/4 of it aku ade delete. you know why.ngee:D i'm not a blogger tegar. i'm blogging just for fun you know. bukan artis or model untuk distalk tapi pelik gak follower dah sampai 201 nih. huhuhu. but hey, THANKS:) kalo rajin komen la skali,. i dont bite;D this blog is some place where i update bout myself.well my siblings and closed one read this. or stalker dan peminat*ok gelabah:P

rasanya awal-awal update dulu musim exam jugak. 1st  year,1st sem. yeah november=exam. but the different now is it's my final year here in UKM. and lepasni all this will be a memory. mungkin agak gelabah sebab orang lain pon final year jugak, but xdela cam nak sedih-sedih or ape. well THIS IS MY LAST SEM here. sebab sem depan dah internship. everything going on so fast, i can barely breath. as i have to keep walking and hurting myself and everyone around me. but hey, life must goes on right. as much as im sad to leave all this behind, i'm excited to know what futures will bring to me. :)

 when you grow older, you will realize that life has been both your worst and best experience. never regret. tak gittew? :)

okay, it's november already, tak rasa cam 2010 ni cepat sangat masa berlalu kan? khamis ni pi opening UNIQLO dgn kawan-kawan yang dari before exam dah plan 4 this. semangat btol dorang.ahha. papepon, all the best for november uolss;)

Sunday, October 31, 2010

sebelum tinggalkan october.

  • 3 jam 30 minit sebelum paper keusahawanan.MUNGKIN ujian bertulis terakhir di UKM;')
  • masih tinggal 1 oral test dan presentation rabu ini.
  • THESIS masih belum sempurna, key in data tak abes lagi. analisis tak buat lagi. apa lagi nak menjilid whatsoever.(so memang tak boleh pikir nak balik=_=)
  •  bakal cipta rekod 2 BULAN tak balik rumah. sobs;'(
  • menghabiskan banyak masa dengan coursemate(lepas ni masing-masing nak bekerjaya dah; RINDU WEYYHH) dan mereka yang masih sayang double chin nih;S
  • rindu nak buat entry emo-emo cakap pasal hati sebab aku rasa banyak pasal intern, thesis, exam lately.hahahaa.
  • baeklah, aku perlu continue study=_=

Tuesday, October 26, 2010

mata baru@_@



sebab mata sekarang asyik gatal-gatal, berair, merah-merah. maka MATA BARU perlu dibeli. nampak lebih matang+nerd=SKEMA bukan? heh.

# masih mood exam. oh future intern's of Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor. LOL! nanti cerita laen.wuu.

Saturday, October 23, 2010

entry sempena final exam d finale. sobs.


sekarang semua orang pon tengah busy. nak siapkan esaimen, thesis, presentation, report, blablabla. sampai tak sedar final exam dah nak tiba. study cam biasa la, last minit kan. heh! sem ni boleh pula tiade study week, memang tak terasa nak exam la kan. wuuu~

isnin nih dah start paper final aku. then, rabu, khamis dan ahad. tapi ade satu subjek yang ade oral exam je so by rabu next week semuanya supposed habes.fuuhh! TETAPI thesis tak siap lagi so tak terasa macam nak tinggalkan UKM nih lagi.huu. plus ade fieldtrip ke JOHOR on 12th nov. so kalau balik then datang ukm balik tak macam penat pulak kan. bila nk balik camni? lagipon on 2nd nov mama n akak pegi indon x ajak aku..waaa. memang lagi malaslah nak balik Jb.hmm.

menghitung hari je kerja aku sekarang. hahaha. maaf la. lepasni dah kena bekerjaya(LI). tempat dah dapat tapi macam nak tukar last-last minit nih. tapi confirm kat JB terchenta.hee. bakal rindu dengan bangi dan semua memorinya;')

anyway;

goodluck for your final. do your best :)


Monday, October 18, 2010

langkawi #1

selesai sudah pengembaraan di pulau langkawi permata kedah. mencari data-data untuk thesis yang perlu disiapkan sem nih. cari responden, keliling pekan kuah ke pantai cenang. dah rasa cam penghuni tetap pulau okay. seminggu sumpah tak cukup masa nak dapat 100 responden. dan bukan mudah jalankan tugas sebagai numerator nih. dan ini bukan vacation.

tekanan dari segi fizikal dan mental juga lah antara 5 orang rakan-rakan yang terlibat sama nih. sama ada ko pentingkan data untuk thesis atau duit yang bakal ko dapat. huisshh dugaan wey. apa-apa pon kami dah cuba yang terbaik nak jalankan tugas tu. berpanas, berhujan, jalan jauh-jauh, kena marah semua adalah. nak nanges rasanya. tapi atleast masing-masing dapat pengalaman, memori untuk dikenang di masa akan datang. ceh. quality vs quantity. mana lagi penting? apa-apa pon, semua ni mengajar kami untuk bersabar dan menerima segala kelebihan dan kekurangan masing-masing. tak gittew?

eventhough lebey kurang 7 hari kat sana, last-last minit juga baru dapat shopping, itupon x banyak sebab kekeringan duit. jadi beli mana yang mampu je. huu. sekali lagi diingatkan ini bukan vacation. sobs.;( jadi kepada yang nak cokelat tapi tak dapat paham-paham la ea. dah pesan awal2 soh kirim duet skali an?hee.

gambar blom transfer. bakal di upload kemudian. itupon tak banyak. wuu. oh, oh,.. aku ade belajar satu lagu nih kat langkawi.fm. :

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah:D

Monday, October 11, 2010

melawat mahsuri.

Destination: Pulau Langkawi.
Time: from 11/10 to 17/10.(7 hari)
Mission: get 100 responden of usahawan melayu in accomodation sector.
Foot Note: for those yang nak coklat or oleh-oleh tuh, maaflaa. budjet tak banyak. kirim duit la bai, xpon sorang 2 biji daim cukup kan? hihihih:P yang nak kirim jejaka kendu-kendu t aku sampaikan salam je okay:D

hopefully berjaya capai target dan mission. doakan aku selamat sampai dan pulang. dan selamat menjalankan tugas sebagai numerator disana yah! jangan rindu-rindu. kalo rindu mesej lah i! ngeh! will update more when i come back. muahmuah<3

hamek ko map. tak sampai lagi an.so xdela gamba real. hahaha. keraslah b*ntot aku dalam bus harini:/

Sunday, October 10, 2010

happy 101010 sherahh!!

HAPPY BIRTHDAY RAJA NOOR SHAIRAH BINTI RAJA IZAHAM.
NO KP: 89101010-10-xxxx. hahaahahaha:D 
my coursemate, classmate, roomate, bestmate. meroyan-mate.*ok ko dah x meroyan skang.haha. 
so, its your day! 101010. one in a lifetime babe.
i know how you wait for this day.hehe.
well, thank you so much for being there for me all the time,
even aq dapat bilik kat amin pon ko tak kasi pindah, i was so touched okay!
i'm glad to have you! love you so much! muah3!!<3<3
btw, me and her new boyfie dah buat prank awal-awal. ngeh2.
eventhough 5 hari awal,ber3 je, n prank tak berapa gempak. but its okay la kan.hihi.

tadaaa~ her BEST BIRTHDAY PRESENT everr..hahahaha:D

well babe, tinggal lebey kurang sebulan je ko dapat tengok muka aku puas-puas sebelum kita mula bekerjaya.sobs;( i'm gonna miss you a lots.!
papepon, happy 21st sayang! and good luck in new chapter of your life k.
i'll always be there for you if you need me :)

xoxo,
echa;P


Friday, October 8, 2010

sugar mouse.


I am wishing what you're wishing for,
And i am hoping what you're hoping for.

Saturday, October 2, 2010

What would wake you up, now that September has ended?

so my answer would be,.there's a lot of things coming up for this october and november and disember..perhaps..
  1. 3/10- presentation n report for time managment(u3) and midterm keusahawanan.yang dah byk kali tangguh,.plizz jangan tangguh lagi.
  2. 10/10 till 17/10- my thesis fieldtrip to langkawi. hope i will manage to get 100 responden for my thesis and enjoying the trip.hehe.*mane taw jumpa jodoh skali kan.haaa:D
  3. 18/10- presentation for keusahawanan.
  4. 22/10-23/10- key in data for my thesis.
  5. 25/10,28/10,29/10,3/11-FINAL EXAM! n submit projek 2 for kaedah penyelidikan.
  6. 15/11 till 18/11-fieldtrip to johor.
  7. 20/11- last date to submit THESIS.
  8. 1/12 till 31/3-start my INTERNSHIP.
so, there you go! ni tak termasuk kalau tiba-tiba ada kerja yang datang tanpa diundang.huhhu.saya yakin ramai 3rd year or mane-mane year student yang ada jadual lebey kurang macam ni kan. maka,pandai-pandailah manfaatkan masa yang tinggal ni okay. sama-samalah kita berdoa agar semua berjalan lancar.amin.marilah sedarkan diri dan bangun demi kerja-kerja yang menanti ni yeaa:D

ada mereka single pon tak mengapa III :P

Tuesday, September 28, 2010

21st on 26 :)









so, dimalam hari kejadian, rancangan nak berkaraoke x jadi. maka ke putrajaya lah kami.sherah,hazel and bf,n iqa., konon nak prank aku tapi teknik kalian sudah dapat dihidu la wey.hehe. but sokay, thx a lots guys. then p bershisha kat mapley bersama jack and the geng.hehe.
on the day, nak buat something yang tak selalu buat, tengok wayang or karaoke dah selalu wat, nak wat aktiviti yang tak banyak keluarkan duit. huhu. ingat nak p zoo negara..hahah. tapi cam tak best lak, so kami ke muzium negara. hoho. jalan-jalan tengok sejarah then ade pameran ular. lepas tu kami makan-makan di kampung baru.




eventhough i'm not celebrating my day di rumah, i'm glad to have you guys by my side okay. thats all i need, the support, trust and love from all of you makes me strong enuff to thru my day and survive.thanks a lot! love you guys to bit okayy!<3<3<3*you know who you are*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails