Showing posts with label THESIS. Show all posts
Showing posts with label THESIS. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

entry tahun baru. 11111.xD

okay gila lambat 11 hari tahun baru aku. hahaha. maklumlah buzy siapkan thesis di tahun baru. orang semua dah hantar aku masih tinggal 30% lagi. maka usaha dilipat kali gandakan supaya dapat hantar jugak minggu lepas. fuhh. sampai demam-demam siapkan ok. puasa fb bagai. itupon sempat lagi nak sambut new year.  tak sedar diri betol. nasiblah dapat bos yang sempoi,. kita lak segan nak mintak cuti.huuu. apa-apa pon. langsailah sudah hutang lambat daftar subjek dan thesis. walaupon tak lah seperfect mana thesis tu,. namun aq bersyukur  sangat dapat siapkan.maka focus seterusnya; practical jela kan.

2010; kalau nak wat flashback nih, sumpah aku ley nangis terharu sebab 2010 adalah tahun yang berlalu terlalu pantas bagi aku. yang aku ley wat conclusion adalah tahun lepas aku belajar untuk SURVIVE. yup. walau macam mane aku rase nasib aku malang, helpless, pathetic, dan macam-macam lagilah,. aku still tak bunuh diri. atau ayat sopan sikit; tak give up.huhu. :) kadang-kadang nanges sampai penat pon tak boley setelkan masalah. disitulah guna kawan-kawan dan family yang sedia membantu. eicehh. jadi hargailah mereka. kadang-kadang tak semua orang boley tolong kita, dan kita perlu respect itu. setiap orang ade masalah sendiri dan cara nak setelkannya kan. mungkin usaha sendiri lebih baik,. atau SENDIRI itu lebih baik.* eh, maksud lain tuh;P

2011; mungkin tahun lepas aku terlalu ikot plan,.dan plan tak menjadi buat aku kelam kabut skit. maka tahun nih, let it go with the flow. yang pasti sampai bulan 3 nih aku setelkan practical aku dulu. alhamdulillah aku dapat bos dan ofismate yang sempoi and baik-baik. tak lah aku tertekan kat situ.huhuhh. dan bulan 10 aku bakal konvo insyaallah. maka gap tuh aku akan usaha cari kerja. tahun ni pon aku rasa temanya lebih kurang iaitu survive. tapi dalam konsep lebih meluas iaitu after studies life. peehhh..ahahahaa. macam maseh muda je nak pikir pasal ni sume tapi tulah. kehidupan. tak tunggu kita bila nak ready. nak tak nak.hidup mesty diteruskan ye dak? ;D

okay,.will update more later. masih mood tahun baru kan??? 
HAPPY NEW YEAR, have a wonderfool and awesome year ahead everyone;D

2011xD

Sunday, October 31, 2010

sebelum tinggalkan october.

  • 3 jam 30 minit sebelum paper keusahawanan.MUNGKIN ujian bertulis terakhir di UKM;')
  • masih tinggal 1 oral test dan presentation rabu ini.
  • THESIS masih belum sempurna, key in data tak abes lagi. analisis tak buat lagi. apa lagi nak menjilid whatsoever.(so memang tak boleh pikir nak balik=_=)
  •  bakal cipta rekod 2 BULAN tak balik rumah. sobs;'(
  • menghabiskan banyak masa dengan coursemate(lepas ni masing-masing nak bekerjaya dah; RINDU WEYYHH) dan mereka yang masih sayang double chin nih;S
  • rindu nak buat entry emo-emo cakap pasal hati sebab aku rasa banyak pasal intern, thesis, exam lately.hahahaa.
  • baeklah, aku perlu continue study=_=

Monday, October 18, 2010

langkawi #1

selesai sudah pengembaraan di pulau langkawi permata kedah. mencari data-data untuk thesis yang perlu disiapkan sem nih. cari responden, keliling pekan kuah ke pantai cenang. dah rasa cam penghuni tetap pulau okay. seminggu sumpah tak cukup masa nak dapat 100 responden. dan bukan mudah jalankan tugas sebagai numerator nih. dan ini bukan vacation.

tekanan dari segi fizikal dan mental juga lah antara 5 orang rakan-rakan yang terlibat sama nih. sama ada ko pentingkan data untuk thesis atau duit yang bakal ko dapat. huisshh dugaan wey. apa-apa pon kami dah cuba yang terbaik nak jalankan tugas tu. berpanas, berhujan, jalan jauh-jauh, kena marah semua adalah. nak nanges rasanya. tapi atleast masing-masing dapat pengalaman, memori untuk dikenang di masa akan datang. ceh. quality vs quantity. mana lagi penting? apa-apa pon, semua ni mengajar kami untuk bersabar dan menerima segala kelebihan dan kekurangan masing-masing. tak gittew?

eventhough lebey kurang 7 hari kat sana, last-last minit juga baru dapat shopping, itupon x banyak sebab kekeringan duit. jadi beli mana yang mampu je. huu. sekali lagi diingatkan ini bukan vacation. sobs.;( jadi kepada yang nak cokelat tapi tak dapat paham-paham la ea. dah pesan awal2 soh kirim duet skali an?hee.

gambar blom transfer. bakal di upload kemudian. itupon tak banyak. wuu. oh, oh,.. aku ade belajar satu lagu nih kat langkawi.fm. :

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah:D

Monday, October 11, 2010

melawat mahsuri.

Destination: Pulau Langkawi.
Time: from 11/10 to 17/10.(7 hari)
Mission: get 100 responden of usahawan melayu in accomodation sector.
Foot Note: for those yang nak coklat or oleh-oleh tuh, maaflaa. budjet tak banyak. kirim duit la bai, xpon sorang 2 biji daim cukup kan? hihihih:P yang nak kirim jejaka kendu-kendu t aku sampaikan salam je okay:D

hopefully berjaya capai target dan mission. doakan aku selamat sampai dan pulang. dan selamat menjalankan tugas sebagai numerator disana yah! jangan rindu-rindu. kalo rindu mesej lah i! ngeh! will update more when i come back. muahmuah<3

hamek ko map. tak sampai lagi an.so xdela gamba real. hahaha. keraslah b*ntot aku dalam bus harini:/

Saturday, October 2, 2010

What would wake you up, now that September has ended?

so my answer would be,.there's a lot of things coming up for this october and november and disember..perhaps..
  1. 3/10- presentation n report for time managment(u3) and midterm keusahawanan.yang dah byk kali tangguh,.plizz jangan tangguh lagi.
  2. 10/10 till 17/10- my thesis fieldtrip to langkawi. hope i will manage to get 100 responden for my thesis and enjoying the trip.hehe.*mane taw jumpa jodoh skali kan.haaa:D
  3. 18/10- presentation for keusahawanan.
  4. 22/10-23/10- key in data for my thesis.
  5. 25/10,28/10,29/10,3/11-FINAL EXAM! n submit projek 2 for kaedah penyelidikan.
  6. 15/11 till 18/11-fieldtrip to johor.
  7. 20/11- last date to submit THESIS.
  8. 1/12 till 31/3-start my INTERNSHIP.
so, there you go! ni tak termasuk kalau tiba-tiba ada kerja yang datang tanpa diundang.huhhu.saya yakin ramai 3rd year or mane-mane year student yang ada jadual lebey kurang macam ni kan. maka,pandai-pandailah manfaatkan masa yang tinggal ni okay. sama-samalah kita berdoa agar semua berjalan lancar.amin.marilah sedarkan diri dan bangun demi kerja-kerja yang menanti ni yeaa:D

ada mereka single pon tak mengapa III :P

Monday, August 30, 2010

countdown!

  1. Sudah minggu ke-8. lebih kurang 7 minggu lagi nak tamatkan sem ni.cepat gila masa berjalan. tak terasa pon dah nak raya dah. tak terasa pon dah mid-sem. macam pejam celik harini isnin, tibe-tibe sok dah jumaat. macam tu la.
  2. Thesis. kali ni dah boleh tarik nafas lega sikit. setelah sebulan lebih tidur tak lena risau dengan projek yang macam tak jadi je. tengok orang dah nak wat chapter 3,aq nak wat chapter 1 pon teragak-agak. tulaa..buat projek dengan ketua pusat yang nak jumpa macam jumpa menteri besar.tapi alhamdulillah everythings back on track now. tiada lagi ketakpastian.cheewahh.. insyaallah fieldtrip to langkawi with my group lepas cuti raya nih. huu.
  3. Internship/ latihan ilmiah/praktikal . okay yang ni agak terabai cikit. sepatutnya aku dah wat resume and pilih which company and where. tapi masih tertangguh. oh echa! cepatlah bertindak. dah la kena compemkan end of october nih. wuu.
  4. so, i idont have so much time now, gotta act fast, gotta chase d time. jadual sampai hujung sem pon dah full. hantar itu ini, siapkan thesis lagi. haiih. cuti raya nih dok uma wat kije laa gamaknyee.wuu.
  5. and,..and it's been a year now! kejap je mase berlalu.and i think i've changed. BETTER. heh. it's not easy like seriously, but you have to think for your own,..and helps from you friends of course.thank you so much*you know who you are* :)
  6. last but not least, happy 53'rd Independence Day Malaysia!! 

Saturday, July 24, 2010

i've got nothing to say.

2nd week of 3rd year 1st sem..
  • kelas semua dah confirm.
  • thesis dah mula kena wat literature review and draft questionnaire.
  • dah kena bagi masa molek-molek.hikhik.
  • kewangan stabil(you know what i mean:D)
  • makan cukup. tak perlu risau.
  • tempat perlindungan semua ade. dijamin selamat.bahaha.
  • oh yeaahh..masih menjenguk-jenguk KTR tersayam sementara belom berapa bussyy. junior ramai. suka tengok dorang. batch 3rd year bapo kerat je..haiihh. rindu la ade senior:(
hhmm..itu je update. sok tiade elektrik.bila nak abeskan bace jurnal nih?haaihh. ptg ni tengok teater MEK MULUNG plak..huhu. have a nice weekend uoollss~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails