Sunday, January 31, 2010

atiqa fan club.

ingat lagi.. first time aq nampak dia time minggu daftar club kt kolej,.
minah ni hyper giler..panggil aq kakak!hahaha! ok foinne. junior kot.
then time pulangkan borang "nah kakak!:)"..tgk ckt birthday ko..ceitt.sebaya..
lepas tu aq start aim nganjeng2 dia..banyak gak dgr citer pasal dia.
aq siap tubuhkan atiqa fan club bla masing2 sibuk pasal olga. 
cuma x sempat wat fan page kat fesbuk je.hahaha.
x sangka dapat kenal n btol2 jadi ketua fan club si gedik nih. hoho.


sori lambat wish.. preng pon kecil-kecilan jaah.aq x pandai nk preng2 nih.hehe.
just want to remind u x semua dpat terima kita seadanya. so behave okayy.
HAPPY 2ITH BIRTHDAY ATIQA ARAZMI!

Saturday, January 30, 2010

tak boleh hidup tanpanya!

okayy. mak doowwnn..mak dowwnn...mak doowwnn!!! ada jaah harta-harta peribadi yang jahanam lately.. kenaaapppaaaa????
apakah dosaku???
salah ke aq taknak boross???!
huhuhu..okayy foinne. jpa dah masuk. tapi aq baru lepas ganti cece kepada atan(laptop). ohh..dan aq dah ade leman(camera). dan aq tak mahu ganti sonia(henpon) aq walaupun dah cacat. banyak kenangan ohh. banyak kali rosak pon sayang lagi okayy.lagipon yg rosak hanyelah chargernyaa. so motip nak ganti baru??huu.(mood kedekut).oleh kerana kedekut, aq terpaksa membiasakan diri untuk tidak berhenpon selama beberapa hari. dulu takde henpon ley jaa hidop..hahahahaha. so korang ada pape jgn mesej aq!! bagitau je kat fesbuk or ym.haha. jangan gayut depan aq!! ley buat aq emosi!! ciss! tapi itu la alarm clock aq!  tengokla dalam 2 or 3 hari nanti aq usahakan macam mane..deeeyymm!

apa lagi perlu aq ade? rumah(melampau sgt)? kereta(pendahuluan lepas ah..bulanan)? boypren(boleh beli ke).tengok. dah tak sempat nak wat entry pasal jiwa raga,cinta blablabla... x sempat nak pikiaq okayy!

oh baru sahaja menarik diri dari subjek yang ley wat aq putus kepala. sem depan kita jumpa okayy. so sem ni 20 unit sahajaa. go go echa go!!
gambar hiasan.


okay, bye. cintaku berakhir di january~~

Tuesday, January 26, 2010

lepas satu..satu..eh. dua lah an.

charger laptop rosak pulak. emo lg demm!! nasib ada yg hilang laptop tapi tak hilang charger.hahahahha. so dpt bertahan sampai chinese new year..x payah susah-susah balik jb tukar charger..gila ah baru sebulan kot laptop..dah ade yang rosak lak. nasib ada warranty.

life kinda beezayy skarang. lagi-lagi 2 minggu nih.fuhh..bak kata orang"wanita berkerjaya" hahahahahhakktuuiih.;P minggu ni bakal beezay dgn pilihanraya kampus.hoho. tadi penamaan calon. khamis ni kita mengundi ya kawan-kawan. tak mati pon kalau mengundi tuh. kalau tak mengundi di kampus t kat dunia luar tu kena mengundi gak. tak kesahla sokong mana. mengundi itu satu tanggungjawab okayy. pastikan buat keputusan yg bijak. memang xde effect kat diri kita tapi masa depan siapa tahu?uhuks.

minggu depan pula akan diberikan sepenuh tumpuan kepada teater "usang" yang bakal dipentaskan 6hb. februari 2010. kena siapkan setting. so kawan-kawan di jemput hadir.eheks. walaupun setiap malam ada latihan,tapi seronok sebab dapat memondan dan berlepaking malam-malam. jadi tiadalah istilah "saya sunyi, saya sepi, nak selimut!" hahahaha. dan bershisha-ing untuk 3 hari berturut. stress okayy tapi seronok.ngee.

belum citer pasal kerja sekolah yang berlambak lagi. haiyoo..lecturer ajar mcm ketapi laju jee..kadang-kadang slow pon aq x paham gak.hahaha. esaimen kne hantar la.,presentation, cari tajuk thessis.huuhh..tak terkejar. mid-exam pon hampir tiba.study tak lagi.chooyy!! 

macam-macam. tapi seronok, sihat dan ceria! yeahh! xdela stress atas sebab-sebab yang tak patut distress kan.ngee;P so, i'm doing fine but i still need you guys friends,;))

Monday, January 18, 2010

kunci istana beta.



benda ni buat aq EMO harini!!!!
bodoh kasi kunci lembek!!
notakaki: 1. if kunci korang patah!! jangan jujur sangat!!x pasal-pasl RM10 terbang!!
2. aq kena belajar MENIPU!!! SUMPAH!! JANGAN JUJUR !! X GUNAA!! SUSAHKAN HIDUP KO JE!! ORANG KESAH APE KO JUJUR KE TAKK!!! LAGI PANDAI KO MENIPU LAGI SENANG HIDUP KO!! DEYMMM!!!!!!!



fuhh!!x pasal-pasal wat aq emotional breakdown. dah echa..sabo..tido2...

Saturday, January 16, 2010

i want nobody but yuh!

semalam widda tunjukkan video grup from korea..hebat layan korea ohh..sejak-sejak lagu wonder girls yg"i want nobody-nobody but you" meletop..byk la orang perasan tentang kewujudan grup2 laen kat situ..mungkin aq agak lewat nak layan kot..huhu..

ohh..seronok melepak dan memondan ngan dak-dak ktr lagi.. selain tengah beezzayyy nak pilihan raya..aq pon mebeezzaayy kan pungkok aq ngan teater..eheh..esok ade kursus lagaayy!!! x tahula apa nak wat kali ni..harap-harap seronakk. bila dah beezzzaayy nih..rindu lak kat weekend aq...weekend bersama cik e, mirasue n matt.lagi-lagi bila JPA DAH MASUK harini..GUE RINDU NAK SHOPPING DOOOWWWHH!!!! so partner shoppingku cik norie, cik e, mirasue..n sape-sape yang rase suke shopping tuhh...pelawa lah aq kemana-mana untuk shopping di weekend hari..sumpah XNAK TOLAK!!hahahaha..

 beside that, sem ni semua subjek yg aq amek susaahh ohh. dah macam buat thessis dah kena cari tajuk kne tunggu di approve bagai. macam tak larat seyyhh.. nak give up pon ade.. tapi tak ley! yakin boleh! go..goo ecchhaa!! eheks.ape-ape pon..selamat berweekend uoolss;)) nah tengok video nih..cambesstt;D


Thursday, January 14, 2010

08.09.10.01.10

time:stated above
location: the zon,kl

weekend yg terpaksa dikorbankan demi makan free sempena tiada duit.eheks.walaupun fikiran agak serabut.seronok coz jmpe kawan baru from ipta laen n new friends from ukm sendiri. enjooyy giler coz girls onlyy~haha. overall.. x menyesal pergi;)








view dari appartment..

akmal.fiza.echa.aliaa.

breakfast.

the crowd.




relax n swimming;D



jalan-jalan.

klcc.

;)

Friday, January 8, 2010

entri frust 2010

well sometimes, plans doesn't work. sometimes.
there might be some simple-stupid- important things we forget.
so yeah. i'm failed. again.
and the least thing that i could do now is TRY and not giving up?

Wednesday, January 6, 2010

rangka kursus 2010.

oh. ini subjek EPPE 2010. ala-ala subjek yang ditawarkan di fakulti gittew~subjek ini merangkumi 12 bab. semua masuk final! muahahaha.kelas diadakan 24/7. tempat dimana-mana jasad berada..waah. gila kentang ayat. eheks. ekceli nak citer pasal tahun baru ni. maklumlah. setiap tahun pasti ada benda baru atau yang dirancang bakal berlaku kan.kan.kan?

2010..
january-may.
second year second sem. dah nk masuk 3rd week sudeyh..sem ni beezzaaayy ohh.. 24 unit to carry on.isnin class from 10am to 1 pm. class every tuesday to thursday  from 11am to 5pm.kecuali jumaat xde class. kalau sem lepas banyak sangat masa lapang. sem ni ada 8 subjek to digest dalam masa lebey kurang 4 bulan! fuuhh! kerahan tenaga yang amat. gila menghabiskan kredit hour sebab nak grad dalam masa 3 tahun jaa.hihi. takot gak tak boleh bawak.. tapi terpaksa*sape soh sem lepas amek subjek sikit? padan muka!

2010..
may -july.
terpaksa ambil shortsem lagayy. kan dah cakap. nak abeskan kredit hour cepat dan grad dalam 3 tahun. gila sungguh aq. harap-harap pointer x merudum lagi kali ini.nampaknya takdela cuti panjang lagayy;(

2010..
july-november.
hmm..3rd year okayy. final year!! kena buat thesis!! fuuhhh!! apa nak mencarot weeyy?? sumpah cuak. time nih la nak try repeat paper yang rasa perlu direpeat.harap-harap takde la ann.uhuhuhuk..

2010..
december- ....
oohh..tahun ni jugak aq akan sedey sebab bakal meninggalkan UKM tercinta..huuuwwaaa..!! harap-harap tak repeat la kan..kalo repeat halo UKM lagii;)) ohh..sem terakhir ini akan ku habeskan sebagai seorang kuli.(practical ekceli) yeaahh..aq bakal jadi wanita bekerjaya. peh..kerja sudah? mungkin aq akan lakukannya di jb. mungkin. nampaknya..aq terpaksa meninggalkan bandar bangi awal sedikit.huuu..bakal rindu sama semuanyaa..ohh.!!

maka dengan itu, tahun ini perlu dilalui dengan segala senyuman yang ada! segala kasih sayang yang tak tercurahkan! segala hati yang tersisa! maka dinasihatkan pada sekalian umat yang membaca ini agar sama-sama hidup dalam keadaan aman! hidup 2010!! 

kita hanya merancang..allah yang akan menentukan segalanyaa..;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails