Tuesday, May 31, 2011

getting your duck in a line (row).

Aku sekarang tengah menyelenggara kestabilan sebuah kehidupan. Walaupun masih dalam ketakstabilan jiwa (erk,sadis bunyinya.haha), aku masih lagi ada cara lain untuk menghiburkan diri sendiri. dan nasib baik masih ada bahu to cry on yang setia dan telinga yang sudi dan paksa-rela untuk dipinjamkan. haha.

err, pernah tengok a lot like love? scene bf aku , ehem Ashton Kutcher, cakap dengan Amanda Peet pasal getting duck in a row? The ducks adalah metafora untuk tanggungjawab dan progress kehidupan yang seseorang mahukan dalam hidup mereka mengikut keutamaan. contohnya job, career, house, future, and love. juga diistilahkan sebagai plan atau perancangan. aku yakin setiap orang ada cara masing-masing, sama ada nak mengikut arus kehidupan (just go with the flow) atau perancangan macam mamat ni buat (getting duck in a row)



 first step is the hardest. But it’s the only path to the greatest thing that could possibly happen in your life. Langkah pertama tu perlu sebelum kita dapat meneruskan langkah seterusnya. well, merancang ni pon bukan sesuatu yang mudah tapi aku rasa planning tu tak salah, sebab kita perlu ada target dalam hidup, like 5 years from now? apa kau dapat capai ? apa kau nak dalam hidup kau? dan kita semua pasti ada benda yang kita mahukan, kita inginkan dan kehendak sebab itu semua fitrah kita sebagai manusia. bak kata pepatah, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan segalanya, lepastu barulah boleh pasrah atau ikut arus kehidupan, tapi jangan sampai hanyut pulak dalam  plan sendiri kan. kalau gagal tu adat dalam kehidupan la jugak.

Dan bila kau tanya apa aku mahukan, aku cuma mampu tersenyum sahaja.Kau tak pernah mengerti di sebalik tulisan dan perbualan kita.(tetibe) Akhirnya untuk segala kesempurnaan hidup, untuk setiap kejayaan yang kita capai dan bagi semua dugaan dan cabaran yang kita tempuhi, kita mahu impian bukan sekadar 'harap-harap'. yeah aku tahu, you can have it all, but not all at once. 

"for once in my life, let me, let me, let me, get what i want this time" - the smiths

So, how bout you? you want your duck in a line or you'd rather have them in a circle?

Wednesday, May 25, 2011

Day 5 ; 10 wishes

nak make A wish pon susah, inikan pula 10 wishes? hahahaha. untuk setakat saat dan ketika detik kamu membaca entry ni.. mungkin in sahaja yang terlintas di kepala. mungkin ada yang lain tapi tak tertulis =)

1.A well paid job/ career. yeah, saya sekarang boleh dilabelkan sebagai penganggur, tapi saya consider diri sedang bercuti sem 2 bulan hokay!. rezeki orang lain-lain, mungkin saya punya lambat sikit ;P papepon doakan laa! sedang berusaha mencari gak ni ;B

2. bila dah berkerjaya, dapat gaji, nak beli Ipod Touch! aku tak tahu kenapa, sebab dah ada blackberry, nak iphone tak mampu. ipad macam tak perlu. ah takpela. masuk jela dalam wishlish :P

3. 5 or 6 bulan lepastu, agak-agak dah boleh down payment kereta tak? aku nak SWIFT! (takpe, wishlist je kot)hohohoho~ *berangan*

4. and yeah lupa nak polaroid camera! or any other lomo camera. sebab i loike ;)

5. aku nak BMI normal! yeah, aku kurang berat badan pasaipataktau. heh.dapat body cam Adriana Lima ke?hahaha.             

6. i wish my sister will get married by the end of next year! 20.12.2012 katanya. maka siapa nak cepat-cepat hantar rombongan. wahaaxD

7. aku harap satu hari nanti dapat mengerjakan umrah / haji dengan mama ;)

8. i wish that all my wish will comes true ;D

9. i wish that all your wish comes true jugek! ;)

10. err, biarlah rahsia. *tetibe :P eh tak! i wish for world peace! once again xD

yeah boring ==" okbai.

    Monday, May 23, 2011

    aisyah tajima?

    aisyah tajima?
    bahahaha, terima kasihlah coursemate yang rajin photoshop. minta buatkan header, tolong editkan gambar siap. hahahahaa. last week punya bahan gelak. gedik santai jap. ok bai ;P

    Sunday, May 22, 2011

    Day 4 ; 10 things you want to say to one person.

    10 things you want to say to one person. ramai yang buat untuk #futureboyfriend or #futurehusband. hmmm. aku nak buat tapi aku rasa sangat klise and i dont think he would read this, dia mahupun aku tak tahu siapa gerangan pemilik title tersebut, kahkah, jadi kita save those word, kalo dia baca pon ah, banyak benda nak cakap, dan benda tu berubah-ubah ikut situasi.bila-bila masa boleh bagitau kan?ceh. malulah nak tulis kat sini=P so here goes 10 things to whoever read this xD
    1. Terima kasih sebab sudi baca blog busuk ni xP
    2. Jangan lupa tuhan dan tunaikan yang wajib :)
    3. Jangan lupa makan makanan berkhasiat dan jaga kesihatan :)
    4. Jangan lupa jaga kebersihan diri dan alam sekitar :)
    5. Sayangilah diri anda sebelum sayang orang lain.
    6. Sayangilah family anda walau macam manapun. Family first okay ;)
    7. Bersyukurlah dengan apa yang anda ada atau lalui, yakinlah semua ada hikmah disebaliknya.;)
    8. Sabarlah dengan setiap dugaan sebab Allah takkan menduga diluar kemampuan kita.
    9. Jangan pernah menyerah kalah dalam kehidupan selagi belum berjuang.tapi jika usaha dan perjuangan itu gagal, redha dengan ketentuannya.cehh.
    10. Buanglah perasaan hasad dengki dan benci dalam diri, tak elok membenci sesama ciptaan-Nya.
    ohhoy, dah macam blog iluvislam.com la pulak. hahahaa. tapi ikhlas nih. hee. selamat hari minggu! okbai :)

    Saturday, May 21, 2011

    dunia facebook

    sekarang ni dunia facebook sama gak effect dia macam real life. sebab sekarang semua orang ada facebook,.. satu-satunya social network yang berjaya pujuk mak abah, pakcik,makcik semua join,..baby baru lahir pon ada kot ==" lagi-lagi dengan adanya application facebook for phone. memang kemana-mana pon dok refresh-refresh home tak tahu apa yang nak di tengok. ce tengok video 25 things i hate about facebook nih ;



    despite semua perkara yang dibenci tu, actually kat situlala life sekarang ni.. memang tak semua orang bergantung pada facebook, tapi kebanyakannya laa. agak-agak gaduh hide wall, deactivated, tak pun unfriend or block terus. banyak dah kes tengok wallpost or status je ley putus kawan, gaduh, couple breaking up, haih macam-macam. salah satu tujuan facebook memang untuk stalk pon. stalk in other meaning pon mengambil tahu perkembangan orang sekeliling disamping meneruskan silaturahim tanpa menghabiskan kredit. agak-agak tak suka di stalk tak payah la buat akaun facebook tu. tak gittew? and sebanyak mana orang cakap "alaa, facebook je kot" tapi ramai yang menganggap itu sebagai perkara yang serius. sampai ada wat lagu wey, macam ni:



    see, siapa tak pernah buat tu memang tabik spring la kan! anda bukan pengguna facebook yang tegar dan hidup anda tak membosankan wey. tahniah! kagum gila. sebenarnya semakin aku rasa hidup ini semakin matang, rupa-rupanya benda-benda macamni pon mempengaruhi tindakan-tindakan yang matang tu. paham tak? tak paham takpe, bhahahaha. okbai ;P 

    Thursday, May 19, 2011

    walking down memory lane.

    orang kata high school never ends, so here goes my high school never ends friends! tehehehe. tapi mereka memang paling susah nak jumpa okay! setahun sekali jumpa, tapi kali ni bersama qila, kembar tiqa. catching up stories like friends always do. masing-masing dah lama tak jalan-jalan jb, lupa daratan! padahal dulu pergi cs pakai baju sekolah! hahahaa. nah gambar-gambar kenangan kita!

    zetie, qila, and me ,2011.

    ini gambar semalam, zetie and me baru habis intern,..and of coz baru habis degree. ;P qila still got setahun lagi. cik tiqa takde sebab dia dah dapat kerja kat kl. ceyt. semangat cari duet nak kawen akak sorang nih! hahaa.

    me, tiqa and zetie, 2010.

    time nih jumpa kat mid after setahun lebih tak jumpa. qila takde sebab dia kat ganu. tengok! susah gila nak kumpul jadi fantastic 4 balik.

    semua ada, 2007
    yang ni baru abes SPM, before masuk matriks. masing-masing suci gila muka! bahahaha;P

    kita lagi, 2006.

    yang ni time form 4, amagaadd!! rindunya zaman sekolah. tak sangka kita boleh rapat time tu kan. masing-masing suka buat kepala sendiri. datang lambat, wanted tak pin tudung, tak pakai kain dalam, jam kena rampas sampai bapak datang sekolah (itu aku) ni sume rules sekolah yang ppfftt laa.. duhh. and oh, pagi-pagi  buat addmath sesame (copy ;P) usha secret crush dari tingkap kelas(aawww;D), makan sesame kat kelas, tido dalam kelas, nyanyi dalam toilet hohoho. rindu weeyy! tak sangka kita da besar kan? :P and oh,it's not gonna end here.mane tahu lepas ni reunion bila one of us tunang pulak,haha. kbai. ;P

    Tuesday, May 17, 2011

    lesson learned

    Bila kau tengah sakit terjatuh, tersungkur dan berdarah, tolonglah hargai orang yang tolong kau untuk bangun balik, pimpin kau dan tolong bersihkan luka kau, kau tak tahu betapa kau susah nak dapatkan bantuan macam itu.

    bila ada orang yang sayang, tak perlulah kau nak cari orang untuk kau sayangi.tak payah nak kejar sayang dari orang yang belum tentu boleh sayang kau macam orang yang sayang kau.hargailah dan cubalah sayang yang didepan mata sebab tak mungkin dia dapat bertahan lama tunggu kau. dia pon ade hak untuk bahagia. dan penantian itu satu penyiksaan.

    and kalau betul orang itu sayang kau, percaya itu penting, masing-masing kena terima baik buruk  dan sedia hadapi segala risk yang mendatang, tak cepat mengalah dan melatah. mungkin kadang-kadang  beri peluang adalah pilihan yang kita pilih untuk terus percaya pada seseorang, tapi itu tak bermaksud kita perlu letak harapan yang tinggi.. tiada manusia yang sempurna.


    dan yeah, masih banyak aku perlu belajar sebab kadang-kadang hati pon gagal bagi pilihan yang betul. kepastian pon bukan sesuatu perkara yang mudah untuk kita dapat. semua dah tertulis, usaha dan sabar adalah jalan yang tinggal. 

    nota kaki : akibat terlalu banyak baca terfaktab, sorry =="

    Monday, May 9, 2011

    Day 3 ; the 10 things that i hate about . . .

    miley cyrus boleh tolong aku jawab nih! tapi dia ley kasi 7 jawapan je. hahaha. tengok-tengok ;P


    okay geli sendiri! pffftttt~!! ;P saya bukan seorang pembenci tapi kalo nak list 10 benda yang dibenci tu boleh kott,..! ;
    1.  aku benci bila aku emo atau meroyan. Sebab biasalah bila emosi tak stabil, semua benda aku rasa useless, aku rasa tak bersyukur and fikir bukan-bukan. kadang-kadang aku rasa kenapalah aku hidup lagi ea? apa aku kena buat sebenarnya? astagfirullahalazim. cakap macam orang takde agama -,-
    2. aku benci bila orang busy body. haa, lantak dia la nak buat apa pon! dia kaco hidup ko ke? ko mati ke dia buat macam tu? ko buat hal ko sudah. busybody pasaipa tak taw. haihh.
    3. aku benci bila orang yang tak geti hormat orang lain. hello, show some respect, ko benci dia pon toksah la sampai nak mengaibkan orang. kalo nak orang hormat ko sila hormat orang lain jugak. heh.
    4. aku benci bila orang berlagak/ sombong. subahanallah, rezeki setiap orang tu lain-lain tak perlulah nak berlagak atau sombong dengan apa ko ade. bila-bila masa tuhan boleh tarik balik semua tu. ingat.
    5. aku benci bila orang tak berperi-kemanusiaan. tak kira la sesame manusia atau binatang. tolonglah jangan kejam sangat. kawal sikit nafsu tu. aku benci betol la orang-orang macam ni. haih. boleh emo ni.huu.
    6. aku benci bila nak keluar tak tau nak pakai baju ape. ini siyes guys, baju aku punyala banyak kat almari tu tapi bila nak keluar mesti tak tau nak pakai baju ape, rase macam semua baju aku dah pakai -,-
    7. aku benci bila keluar then tak tahu nak makan kat mana. ini pon siyes okay, penah rasa tak bila jalan-jalan tengok movie ke then time nak makan masing-masing, "eh aku tak kesah nak makan mane, ikot ko lah", "ntah ea, nak makan mane? aku follow je" tolonglah salah sorang decide lepastu jangan banyak komen. penat okay.
    8. aku benci bila merasakan "bad selendang day". aku benci bila tudung or selendang aku ni serabut. betol do. kadang-kadang aku pon rimas sampai rasa nak tanggalkan je. haih.
    9. aku benci bila aku geram. tak kesah la pasal ape pon. ko paham tak perasaan tak puas hati yang tak boleh nak lepaskan. last-last ko nangis sorang-sorang takpon jerit cam orang gila. haha. tapi siyes do. benci.
    10. aku benci bila aku tak tau nak buat ape. mana taknye wey, ko tak tau nak watpe then ko rase helpless gila. aarrgghh.. boleh mati macam ni. huuu.
     okay cukup kot ni, kalo ade lagi pon laen-laen kali aku boleh bagitau, takpon tanyela. bahaha. rajin kan aku update? you know why dont you? banyak sangat masa ni haaa. okbai ;P

      Saturday, May 7, 2011

      What is love?


      What is Love? from Abang Bet on Vimeo.

      video ni kawan aku buat for their studio picture palor / Tepak bridal. seriously, aku suka konsep video nih. LOVE, something yang undefined and masing-masing ada definisi mereka sendiri tentang cinta. aawwhh..<3<3 sweet kan ? ;)

      So, what is your definition of love?

      Friday, May 6, 2011

      Day 2 ; 10 things that i love

      Next, 10 things that i love <3, okay baby,. it's things = bendas bukan orang. love= sayang atau suka. so basiclly ini pasal sepuluh benda yang saya suka atau sayang. ;) ;

      1. I love my handphone and my laptop :) sorry but itu je harta yang mampu aku ade setakat nih, so itulah yang aku sayang.jangan rampas dari aku! HAHA!
      2. I love Shopping! xD aku suka shopping, lagi-lagi bila duet nak dekat abes-,-hahaha. tapi i'm a bad shopaholic sebab aku menang membeli tapi kalah memakai. huhu.contohnya aku suka beli kasot wedges tapi aku tak pandai pakai heels atau kasut tinggi-tinggi ni. jadi ia jadi hiasan je. huk. baju pon same, asal cantik je aku nak, tapi tak penah pakai. my bad.
      3. I love to sleep :) untuk musim-musim sekarang ni, aku memang suka tido. bahahaha. yelaa, masih ikot zon waktu di UK. dan tiada kerja yang nak dilakukan. tido lah jawapannya =,=
      4. I love to hang out with my friends. tak kesahlah dudes or babes. atau aku sorang-sorang babes dalam group tu. aku suka melepak! lagipon aku suka aktiviti karaoke, walaupun suara aku tak berape nak okay, shisha-ing, walaupun lagi teruk dari merokok.*alang-alang ye dak ;P* tengok wayang and yeah kadang-kadang aku tgk cite tu 2 kali sebab teman orang yang berlainan dan tak nak hampakan permintaan mereka. ahh, aku suka jalan-jalan. i am easygoing but doesnt mean i'm easy or "social " as some people might say.
      5. I love to dream ;)  I am a dreamer! orang kata tak salah bermimpi, dan dari mimpilah datangnya harapan dan impian. ececeyyh :P
      6. Saya suka dengar lagu kuat-kuat. jyeaahh, lagi-lagi kalo tengah depressed, sumbat telinga dengan earphone, volume up! ignore the world! eheks;)
      7. Saya suka buah manggis! yup manggis. durian sedap, tapi manggis pon sedap gak apee.hehehee.
      8. Saya suka stalk diri sendiri! kahkahkah. macam psycho kan, orang ramai suke stalk perempuan cantek, aku stalk diri sendiri.ppfffttt~~!!
      9. Saya suka tengok gigi and mata orang ;) macam psycho gak tapi ini kisah benar, suka tengok senyuman orang tu and mata dia. tak kisah la siapa pon ;)
      10.  Saya suka keamanan! yeah baby! peace ! one love!<3 hahahahahaa.
      okay that's it. aku macam amek siyes lak benda ni sampai nak fikir 10 benda yang  aku suka pon susah. macam nak jawab exam. pffftt~;P

      Tuesday, May 3, 2011

      jangan cakap je, buat!

      sekarang aku cuba aplikasikan ayat di atas dalam hidup aku,. "jangan cakap je, buat!' ye,. benda nak dibuat tu bukan mudah,. tapi terserah pada kau jugak yang bercakap, senang kata, kalau kau tak mampu nak buat, jangan cakap. diam. jadi orang taklah meluat bila kau ulang cakap sesuatu yang orang tahu kau takkan buat,.

      contohnya aku dulu pernah cakap nak tukar handphone, dari first year lagi. tapi bila sampai Lowyat memang takdenye aku nak tukar. hahahaa. okay contoh ni lebih kepada harta benda. yang aku nak cakap sekarang pasal sesuatu yang ko nak buat yang boleh memberi kesan kepada diri kau. contoh masa depan. kau ready nak terima pro and cons dia? risiko yang kau bakal hadapi?kau ready untuk itu?

      apa-apa pon niat kau kena betol jugak. jangan cakap je, buat,. tapi apa yang kau nak buat tu janganlah sesuatu yang  melanggar pantang larang nenek moyang atau agama tak gittew. buat sesuatu tu kenalah ikhlas. yang boleh mendatangkan kebaikan untuk diri dan orang sekeliling. tapi kalau ending tak baek nak buat macam mane. itu kita serah pada takdir.

      maka dengan ini, aku nak teruskan niat aku tu. aku nak buat, aku taknak cakap je!

      p/s: aku tak tau ape aku merapu malam-malam buta ni. haha. patut update pasal things i love tu tapi nantilah, tiada idea. ops, jangan cakap je echa, buat!;P

      LinkWithin

      Related Posts with Thumbnails