Tuesday, May 17, 2011

lesson learned

Bila kau tengah sakit terjatuh, tersungkur dan berdarah, tolonglah hargai orang yang tolong kau untuk bangun balik, pimpin kau dan tolong bersihkan luka kau, kau tak tahu betapa kau susah nak dapatkan bantuan macam itu.

bila ada orang yang sayang, tak perlulah kau nak cari orang untuk kau sayangi.tak payah nak kejar sayang dari orang yang belum tentu boleh sayang kau macam orang yang sayang kau.hargailah dan cubalah sayang yang didepan mata sebab tak mungkin dia dapat bertahan lama tunggu kau. dia pon ade hak untuk bahagia. dan penantian itu satu penyiksaan.

and kalau betul orang itu sayang kau, percaya itu penting, masing-masing kena terima baik buruk  dan sedia hadapi segala risk yang mendatang, tak cepat mengalah dan melatah. mungkin kadang-kadang  beri peluang adalah pilihan yang kita pilih untuk terus percaya pada seseorang, tapi itu tak bermaksud kita perlu letak harapan yang tinggi.. tiada manusia yang sempurna.


dan yeah, masih banyak aku perlu belajar sebab kadang-kadang hati pon gagal bagi pilihan yang betul. kepastian pon bukan sesuatu perkara yang mudah untuk kita dapat. semua dah tertulis, usaha dan sabar adalah jalan yang tinggal. 

nota kaki : akibat terlalu banyak baca terfaktab, sorry =="

6 comments:

Encik Psychopath said...

slow slow.

Aisyah Siti. said...

sedang cube :)

Anonymous said...

belajar dari kesilapan

Aisyah Siti. said...

lesson learned.

Mitsuo said...

30 hari (hari-hari) mencari cinta. :)

Aisyah Siti. said...

huhu. i like that movie;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails