Monday, January 31, 2011

my 1st wishlist of the year dah tercapaii xD

kalo kamu rajen dan bijak. cubalah teka. ahahaha xD yang penting dah 5 tahun saya tunggu nak ganti yang lama tuh.dan ini rasaya memang lebih kepada kehendak daripada keperluan xP hewhew. jadi,.kepada rakan-rakan seperjuangan,..maaf la jika saya batak update status facebook, twitter, tumblr, dan foursquare. yakinlah benda ni kejap jee..t lame-lame saya bosan sudahh. xD oh,.oh,.sesape ada macam saya itu bak mai la bbpin,. jimat kredit saya;P apapun, alhamdulillah untuk rezeki yang ada nih >_< terima kasih kepada encik JPA dan duit mingguan PAMA.

next wishlist : LOMO CAMERA! saya taw ada yang murah je binatang nih. maka doakan saya gigih untuk kumpul duet lagi! ;P so. selamat tinggal january ~

 Blackberry Bold 3 ;)

Sunday, January 30, 2011

itulah sayang

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra


version lama


version baru. and i love both :)

Saturday, January 22, 2011

raffles place with lomo :)

hey ho! selamat raya thaipusam;D still raya lagi tak eh?hahaa. so sempena thaipusam, aku  diajak oleh Faiz (partner in crime di jb) untuk beraya ke singapore! oleh kerana batu caves jaoh kan.=_=" kawan( faiz) skarang ni geng lomo. so, dia plan nak photoshoot ke Raffles Place. dekat Sngapore river. aku yang tak berapa nak lomo pon saje nak join. sebab nama je kampung kat sane, tak pernah masuk sorang-sorang dan melancong ke sana tanpa bimbingan ibu bapa. so, sempena My Legal Age! apa kata kita ke luar negara ngan kawan-kawan pulak kan ;P tak mau cerita banyak. jom tengok gambo :)
Fish eye, Holga and Diana.
bilelah nak dapat camera lomo gak. cambest weyy. ...xD
fish eye cambest! efect dye cam gamba atas skali tuh. kalo holga kena banyak eksperimen sikit. baru trueexD diana seronok gak..google lah sendiri kalo nak taw ape yang best sangat. hahaxP
haaa..tempat nih awesome okay. baru siap tahun lepas nih. kapal atas bangunan. macam taman tergantung babylon. 
mandi sikit air merlion nihh;P

jalan lagi jalan.
isi filem jap. 

 amek gambo lagii..

okay rehat jap makan eskrem 1sing dolar;P
 
okay penat. lepak depan esplanade.ahaha.

ekceli banyak lagi gambo, tapi haru la nak letak semua kan. haha. oh gambo dalam camera lomo mereka blom dicuci lagi. mesty menarik hasil dia kan. haihh. jeles-jeles. papepon, ni adalah trip paling jimat pernah aku pergi.ahahaa. sebab kuo duit ntok tiket MRT dan makan eskem singgit je kt sne.wkwkwkwk. harus pergi lagi next time. oh kalo nak kesana naek bus dari jb central, msuk s'pore checkpoint, lepas tu turun kat kranji mrt station, nek MRT sampai Raffles Place. senangkan :) thanx for da trip !


Friday, January 14, 2011

cuba pakai kasot saiz 5 aku.

seronoknya budak zaman sekarang,
PSP sorang satu,henpon tukar ganti,
tak perlu belajar dapat nombor satu,
tak perlu pergi cari rezeki.

kenang balik zaman muda.haih, gameboy yang femes dulu pon aku takde.

sekarang,
cuba pakai kasot saiz 5 aku,
kadang-kadang sempit, tapi tetap nak nampak bergaya.
orang tak tahu sakit, tapi mereka nampak cun jaa.

ah, takpelah.
aku yakin Tuhan sedang rancang sesuatu yang besar untuk kita.
mungkin lepas ni kena pakai saiz 6 pulak. ^^

Thursday, January 13, 2011

cuzzy vacayy @ melaka.#1

so,akhirnya jadi juga cuzzy vacayy @melaka during cristmas'10. walaupun x ramai. tapi dapat wakil above 18 dari jb, kl n s'pore sudah memadai.hehe. 2hari 2malam tu memang macam tak cukup. tapi oleh kerana ni event first antara sepupu sepapat tanpa parents, boleh dikategorikan agak berjaya jugak lah XD for next vacayy, we just need some improvement in term of plan. yang lain okay kot.  here are some photos:)
kadang-kadang bila dah besar nih, nak tegur sepupu pon malu-malu kan, diharap dengan adanya aktiviti macam ni dapat merapatkan lagi silaturahim antara kami.amin :)
so jyeah! yang tak dapat pergi tu jangan jeles kay, our next plan for CNY is to USS s'pore and some place at JB! haha.

Tuesday, January 11, 2011

entry tahun baru. 11111.xD

okay gila lambat 11 hari tahun baru aku. hahaha. maklumlah buzy siapkan thesis di tahun baru. orang semua dah hantar aku masih tinggal 30% lagi. maka usaha dilipat kali gandakan supaya dapat hantar jugak minggu lepas. fuhh. sampai demam-demam siapkan ok. puasa fb bagai. itupon sempat lagi nak sambut new year.  tak sedar diri betol. nasiblah dapat bos yang sempoi,. kita lak segan nak mintak cuti.huuu. apa-apa pon. langsailah sudah hutang lambat daftar subjek dan thesis. walaupon tak lah seperfect mana thesis tu,. namun aq bersyukur  sangat dapat siapkan.maka focus seterusnya; practical jela kan.

2010; kalau nak wat flashback nih, sumpah aku ley nangis terharu sebab 2010 adalah tahun yang berlalu terlalu pantas bagi aku. yang aku ley wat conclusion adalah tahun lepas aku belajar untuk SURVIVE. yup. walau macam mane aku rase nasib aku malang, helpless, pathetic, dan macam-macam lagilah,. aku still tak bunuh diri. atau ayat sopan sikit; tak give up.huhu. :) kadang-kadang nanges sampai penat pon tak boley setelkan masalah. disitulah guna kawan-kawan dan family yang sedia membantu. eicehh. jadi hargailah mereka. kadang-kadang tak semua orang boley tolong kita, dan kita perlu respect itu. setiap orang ade masalah sendiri dan cara nak setelkannya kan. mungkin usaha sendiri lebih baik,. atau SENDIRI itu lebih baik.* eh, maksud lain tuh;P

2011; mungkin tahun lepas aku terlalu ikot plan,.dan plan tak menjadi buat aku kelam kabut skit. maka tahun nih, let it go with the flow. yang pasti sampai bulan 3 nih aku setelkan practical aku dulu. alhamdulillah aku dapat bos dan ofismate yang sempoi and baik-baik. tak lah aku tertekan kat situ.huhuhh. dan bulan 10 aku bakal konvo insyaallah. maka gap tuh aku akan usaha cari kerja. tahun ni pon aku rasa temanya lebih kurang iaitu survive. tapi dalam konsep lebih meluas iaitu after studies life. peehhh..ahahahaa. macam maseh muda je nak pikir pasal ni sume tapi tulah. kehidupan. tak tunggu kita bila nak ready. nak tak nak.hidup mesty diteruskan ye dak? ;D

okay,.will update more later. masih mood tahun baru kan??? 
HAPPY NEW YEAR, have a wonderfool and awesome year ahead everyone;D

2011xD

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails