Thursday, April 21, 2011

Tips menghilangkan dagu berlapis.


yeah, topic kita harini adalah mengenai cara menghilangkan dagu berlapis(double chin). Sempena cuti-cuti ni tak tahu nak buat apa, mari kita cuba petua-petua yang pakcik google beri.eheh.berdasarkan rajah diatas, *pemilik gambar ingin identiti dirahsiakan;P* mari kita cuba beberapa tips ini.

Tips/ petua hilangkan dagu lapes :

1. Jangan membongkok atau tunduk ketika duduk, berdiri atau berjalan. Pastikan belakang tegak mendagu sentiasa.
2. Jaga pemakanan supaya tidak berlebihan. Orang gemuk lebih mudah mendapat dagu berlapis tapi orang kurus pon boleh dapat okay.
3. Urut dagu menggunakan pergerakan dari bawah ke atas. Urutan boleh membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah.
4. Lakukan senaman dagu dan leher bila-bila ada waktu yangg terluang. Waktu yang terbaik ialah pagi sebaik bangun dari tidur, malam ketika menonton tv , atau ketika di pejabat.
5. Pastikan anda menyertakan bahagian dagu dan leher setiap kali membersih, menyegar dan melembap.
6. Jangan sapukan bedak alas di bahagian leher dengan menggunakan teknik dari atas ke bawah. Gunakan pergerakan dari bawah ke atas.(kalau make up la kan )


7. Dagu adalah antara bahagian muka yang paling berminyak dan banyak terdapat pundi minyak di situ. Masalah minyak terkumpul di bahagian dagu adalah perkara biasa. Pastikan ia dibersihkan dan dijaga dengan betul.


8.lepas makan jangan terus tido. salah satu sebab dagu berlapis gak. atau cuba tidur dengan tidak menggunakan bantal. heh.


Senaman dagu ;
1. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Menggunakan belakang telapak tangan, lakukan pergerakan menyepak bergilir-gilir dengan tangan kiri dan kanan. Lakukan sebanyak 40 kali.(err,. macam menyiksa diri lak yang ni)
2. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Jelirkan lidah sepanjang yg boleh. Ulangi sebanyak 10 kali. Pasti anda akan alami kesannya kerana otot di bahagian leher akan berasa tegang dan ketat.
3. Menggunakan otot muka dan leher, cuba angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh yang  boleh. Ulangi sebanyak 10 kali.
4. Buat senaman muka – a e i o u setiap pagi/ptg/mlm 40 kali semasa mengadap cermin  untuk mencantikkan bentuk muka
5. Tepuk dagu menggunakan belakang tangan – setiap pagi/ptg/malam 40 kali semasa mengadap cermin, untuk mengurangkan dagu berlapis(kenapa mesti 40 kali eh? adehh)
6. Berteleku di bibir katil, topangkan telapak tangan untuk menampung dagu, setiap kali bangun pagi selama 10 minit, siku di atas lutut – untuk mengurangkan dagu berlapis.
7. Berteleku di bibir katil, tundukkan kepala dan tampung muka dengan telapak tangan (penuhkan muka dengan telapak tangan), siku di atas lutut, 10 minit untuk mengurangkan muka sembab dan menaikkan tulang pipi.
atau tengok gambar bawah ni;

banyak lagi tips and video korang boleh search,. ni antara yang aq dapat,.tak payah nak guna jusmate ke apa kalau ada cara mudah ye dak? semoga kita berjaya menghilangkan dagu lapis dengan jayanya..jyeeaahh!! eh, kitaa? ;PP

3 comments:

faizlaster said...

gud2..tapi dagu saye ok kot..ngee

Aqilah Mat Kail said...

apsal mcm menyiksa aku jek.cis~

Aisyah Siti. said...

try selow2, ce tgk hasilnya nanti! hahaaxD

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails