menurut calender islam,..insyaallah tahun ni adalah tahun ke-21 aku menyambut syawal. wah. macam dah banyak kali raya je. mesti dah kayo kalo tiap tahun aku dapat kumpul duet raya yang banyak tiap tahun.muahaha. malangnya..syawal ke-17 dan ke atas jumlah upah raya makin berkurangan. sedangkan permintaan wang semakin meningkat. damn! kalau dulu nak raya,..perkara paling ditunggu ni lah. duet raya. kadang-kadang ikot bilangan hari berpuasa. kadang-kadang ikot rezeki gak. agak-agak nak lebey ikotlah pergi beraya. takpon wat collection dari kampung-ke kampung. hahahaha! agak-agak dapat seposen mengeluh! aih! penat jalan jaoh-jaoh.dapat seringgit dan ke atas puji la makcik tuh.hehe. sekarang ade lagi ke yang dapat seposen ea? dah lama tak join konboi pi collect:P
yang best gak pasal raya nih bila nak shopping. time ni lah macam-macam dapat bai. macam nak masuk sekola rasanya shopping banyak-banyak.semua ada sale bagai.tren kecik-kecik dulu baju nak sama je adik beradik. mcm kembo. 1 family baju nak kaler same.ikot tema la konon kan.sekarang pon ade gak yang wat. tol tak? huhu. nasib saiz tak sama. agak-agak aku pakai besar baju akak aku lah tu. sekarang tak dapat jack. masing-masing ikot citarasa tersendiri..eceyhh.
best lagi pasal raya bila dapat jumpa sedare-mara..haaa.time ni la nak dekatkan hubungan yang jauh orang kata. orang kata la kan. kes aku nak balik kampung jauh.nak sbelah mama kena ke bukit tinggi, indonesia. sbelah papa kat seberang tambak johor ja.. dulu time arwah atuk n nenek belah mama ada lagi raya ke-3 gitu aku balik kampung. sana betol2 kampung bai. nama je bukit tinggi tapi keliling gunung je..belakang rumah ada sawah padi..memang terbaek ahh. kalau nak ikot papa, lepas semayang raya terus gerak masuk singapore jumpa nanny, nana @ atuk aku dah lama takde. kampung yang ni flat ja. tapi duet raya dye best! hehe. dah lama tak datang time raya sebab teman mama raya kat rumah.heee. so raya aku kat JB OHHSOME!! yeay.
makan time-time raya ni la meriah.kadang-kadang menu dari breakfast sampai dinner sama je. tak kira ko gi rumah sape. makan la ko sampai muntah. hahaha. rendang, lontong, ketupat, lemang,, ape lagi? huhu.. kueh raya lagii..perrghhh.. kueh cornflakes kalo ade mesty abes dulu.. almond london ape lagi..feberet ohh.. kueh tat. takpon kerepek-kerepek.hahaha. kadang-kadang malas nak gi jalan..dok umah tengok tb banyak movie best..sambil-sambil ley tolong mak abeskan kueh..heee:D
time raya ni jugaklah kita nak touching-touching. dulu aku sangat touching sebab aku rasa raya aku tak macam raya orang lain. huhuh. tapi bila dah besar.. dah matang sikit cehh.. baru aku sedar... aku patut bersyukur.. aku masih ada family dan kawan-kawan yang sayang aku. aku masih bernafas kat muka bumi nih lagi.. so kena ikhlas dan sabar dalam hadapi segalaa onak dan duri..wahh ayat. oleh yang demikian aku ambil kesempatan ini untuk ucapkan ;
selamat hari raya kepada semua muslim yang menyambut raya esok hari,..
minta maaf zahir dan batin.
harap dihalalkan makan dan minum. kalo ade hutang piutang tu jangan lupa jelaskan okay;)
sekian sahaja tazkirah untuk sahur terakhir ramadhan kali ini;)