Monday, July 19, 2010

uda dan dara.

i've watch this last saturday.,


sinopsisnya: Muzikal Uda dan Dara adalah sebuah kisah cinta tragis. Seorang anak tani bernama UDA dilamun cinta dengan seorang gadis kesayangan kampungnya yang bernama Dara dari sebuah keluarga berada.
Suasana hidup di kampong aman, penuh dengan adat dan budaya Melayu yang santun bagaimanapun bertukar rupa menjadi genting apabila isu darjat, kuasa dan kasta dipertikaikan oleh mereka yang berada, berpangkat dan berdarjat.
Huru-hara dan perang berbelas. Semuanya tercetus gara-gara cinta murni dua sejoli yang tidak direstui oleh sesetengah pihak.
Kesudahannya menyayat hati, membuka mata dan minda khalayak penonton tentang isu adat, kuasa, kasta dan darjat. Adakah isu ini akan berlarutan atau dapat dileraikan? Saksikan kemuncaknya sebuah kisah kontroversi yang tak lapuk dek zaman.
Pementasan kali ini diterajui oleh seorang pengarah prolifik tahanair, Dato’ Rahim Razali. Beliau juga merupakan pelopor yang terlibat dalam sejarah pertama pementasan MUZIKAL UDA DARA pada tahun 1972 – hamper empat dekad lalu di Teater Eksperimental, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

hikhik.overall..ley tahan la citernye. rindu nak berteater laa weyyhh:(

3 comments:

widda_me said...

rindu???
turun esok ajar budak 1st year sketsa utk perform khamis nih

Encik Psychopath said...

weewit. kakak kite kaki teater seyh :)

DS said...

Long live Malaysian theatre!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails