ini gambar anatomy telinga manusia. telinga ada 3 bahagian,; luar, tengah and dalam. heh? lama dah tinggalkan ilmu sains ni..maaflah, aku lupa semua tu. kalau nak tahu lebih lanjut bukak la balik buku-buku biology korang ye dak? so al kisahnya harini nak citer pasal kesakitan telinga yang aku alami dah masuk minggu ke 3 nih.
aku ni pantang kalo p swimming or berendam kat air mana-mana nih. agak-agak menyelam je air mesti masuk telinga, then nanti pekak sebelah, sakit-sakit. biasanya dalam seminggu dua hilang sama ada ke klinik atau tidak..tapi sumpah sakit. kali ni before pulang ke tanah air, aku sempat ke desawaterpark. disitu fenomena berulang. hurrmm.
last week dah pergi klinik, doc kate telinga bengkak and merah-merah macam luka. *maybe sebab aku ade korek telinga guna besi sebab ade membe suroh plus aku geram masuk air.haa. so
warning: jangan korek telinga guna benda tajam or terlalu kerap! selain daripada itu; terdapat beberapa punaca lain yang menyebabkan kurang pendengaran ;
- Otitis Externa disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dinamakan “swimmer’s ear” yang biasa berlaku kepada perenang kerana kekerapan air terperangkap di dalam telinga.
- Otitis Media pula disebabkan oleh salur eustachia yang tersumbat akibat demam selsema, campak, tonsillitis dan jangkitan dihidung dan tekak.
- Otosklerosis, ketumbuhan tetulang halus pada stapes juga turut mempengaruhi pekak konduktif ini. Ketumbuhan tetulang halus pada dinding telinga tengah berlaku awal remaja hingga awal 30 an. Ianya akibat daripada tulang stapes yang melekat pada jendela bujur tidak dapat bergerak kerana terdapat ketumbuhan tetulang di sekelilingnya.
aku rasa aku kena yang otits Externa tuh. malam semalam aku ke klinik lagi, kali ni klinik yang berlainan pulak untuk dapatkan rawatan sebab sakit yang teramat sangat. ubat dah habis aku telan,telinga sakit lagi, x boleh tido weyy.
kali ni cek doc kata macam ada ketumbuhan pulak. dia kata macam ada daging tumbuh sebab tu bengkak. so dia sarankan aku pergi hospital sebab dia x boleh keluarkan daging tu.* jangan main-main wahai doktor.. ini telinga nak pakai lama :/* tadi pergi hospital, yang ada doc trainer, mereka tak pandai sangat, penat tunggu lama je. maka esok dia suruh datang hospital lagi, kali ni jumpa pakar telinga pulak.
harap-harap takdelah terok sangat sakit aku nih. and kalo kena minor surgery pon jangan la sakit sangat. wuuu:( so, korang kalo sakit tu cepat-cepat lah pergi check kat klinik kay. takot lagi parah jadinya. haiihh. dah la aku baru wat keputusan tukar cawangan kerja baru, esok kena lapor diri. oh, jangan suka wat keputusan tergesa-gesa jugak.
sekian, selamat malam, jaga diri :)